PELAN JAMINAN KEWANGAN





 

Daripada : Meja Perunding.
Syarikat : eTiQa Takaful Sdn Bhd.
Lokasi : Lembah Klang.


Saudara/i yang dihormati,

Apakah perancangan anda untuk jaminan diri dan keluarga tersayang? Adakah simpanan anda mencukupi jika sesuatu musibah menimpa ke atas anda untuk menampung kos rawatan, sara hidup dan pendidikan anak.

eTiQa Takaful menawarkan pelan simpanan dan perlindungan komprehensif yang berlandaskan syariah;


Tabung khairat kematian/hilang upaya kekal.
Elaun Harian Hospital.
Pampasan Kemalangan Diri (24 jam seluruh dunia).
Pampasan 36 jenis Penyakit Kritikal.
Tabung Pendidikan Anak (Program Anak Angkat dan Biasiswa).
Simpanan untuk persaraan.
Jaminan Haji dan Umrah.
Tabung Kecemasan.
Keistimewaan lain yang bakal anda perolehi:

Kemudahan pengeluaran tahunan tanpa RIBA.
Perlepasan cukai pendapatan.
Perkongsian untung ( Mudharabah 80:20).
Zakat dibayar sepanjang tempoh simpanan.
Amal jariah.
Muamalat Islam.

PENGIKTIRAFAN MAJLIS PENGAWASAN SYARIAH

  • Dipengerusikan oleh Dato’ Seri Haji Harussani Bin Zakaria

Persidangan Jawatankuasa Fatwa 1979 memutuskan bahawa Insurans KONVENSIONAL adalah suatu yang FASID DAN HARAM kerana mengandungi unsur-unsur Gharar, Judi dan RIba.

HADIS RIWAYAT AL-BUKHARI

Tinggalkan anak dan isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta.


Persidangan Jawatankuasa Fatwa 1979 memutuskan bahawa insurans adalah HARAM kerana ia : mengandungi unsur gharar, judi dan riba'.
( RUJ. JAKIM: 4000/1/4JLD)

Surah al-Baqarah:180

"Diwajibkan atas kamu, apabila seorang dari kamu hampir mati, hendaklah membuat wasiat untuk ibubapa & kaum keluarga sebagai satu kewajipan atas orang-orang bertakwa."

"Jaminan Pendapatan"

[INCOME PROTECTION]

Sumbangan Bulanan

RM 80

RM 100

RM 160

Tabung Khairat Kematian RM 50,000.00 RM 100,000.00 RM 150,000.00
Tabung Hilang Upaya RM 50,000.00 RM 100,000.00 RM 150,000.00
Tabung Penyakit Kritikal RM 10,000.00 RM 20,000.00 RM 30,000.00
Pampasan Kemalangan RM 10,000.00 RM 20,000.00 RM 30,001.00
Elaun Hospital RM 40.00 sehari RM 60.00 sehari RM 80.00 sehari

 

"Tinggalkan anak & Isteri kamu dengan kesenangan adalah lebih baik daripada tinggalkan mereka dalam keadaan meminta-minta".

"PENDAPATAN TERJAMIN, KELUARGA BAHAGIA."

" Jaminan Pendidikan"

Sumbangan Bulanan

RM 80

RM 100

RM 160

Tabung Khairat Kematian RM 50,000.00 RM 65,000.00 RM 100,000.00
Tabung Biasiswa RM 10,000.00 RM 20,000.00 RM 30,000.00
Elaun Hospital RM 50.00 sehari RM 80.00 sehari RM 100.00 sehari

Umur anak akan Datang

RM 80

RM 100

RM 160

1

RM 27,500.00 RM 33,000.00 RM 55,000.00

2

RM 26,000.00 RM 31,000.00 RM 52,000.00

3

RM 24,000.00 RM 29,000.00 RM 48,000.00

4

RM 22,500.00 RM 27,000.00 RM 44,000.00

5

RM 20,000.00 RM 25,000.00 RM 41,000.00

6

RM 19,000.00 RM 23,000.00 RM 38,000.00

7

RM 17,000.00 RM 21,000.00 RM 34,000.00

8

RM 15,500.00 RM 19,000.00 RM 31,000.00

"PENDIDIKAN TERJAMIN, CERAH MASA HADAPAN."

 

Produk & Perkhidmatan eTiQa Takaful

 

HUBUNGI

WAKIL eTiQa

SEGERA!



*Testimoni*

Mengapa orang ramai membeli insurans hayat.

Utusan Malaysia: Orang ramai membeli polisi insurans hayat kerana berbagai sebab. Berikut adalah beberapa contoh mengapa orang ramai daripada berbagai lapisan masyarakat membeli polisi insurans hayat:

Pemandu teksi yang menampung sara hidup keluarganya:

"Saya telah bekerja sebagai pemandu teksi selama sepuluh tahun."

"Saya sudah lama terfikir hendak membeli polisi insurans hayat tetapi tidak berbuat demikian sehingga saya ditimpa kemalangan dan tidak dapat bekerja selama beberapa minggu."

"Pendapatan saya tidak tetap. Saya akan hanya mempunyai pendapatan sekiranya saya bekerja. Jika saya sakit atau ditimpa kemalangan dan terpaksa pula masuk ke hospital, saya tidak dapat mencari nafkah. Saya mempunyai tiga orang anak yang masih kecil dan isteri saya pula tidak bekerja. "

"Semasa saya sakit dan tidak bekerja, saya berasa amat bimbang akan nasib anak-anak dan isteri sekiranya saya meninggal dunia. "

"Ini membuatkan saya sedar betapa pentingnya polisi insurans hayat untuk melindungi keluarga sekiranya berlaku sesuatu terhadap diri saya."

Seorang guru yang menjaga ibunya:

"Saya masih bujang dan telah mengajar selama lima tahun. Saya tidak mempunyai tanggungan lain kecuali ibu saya yang berumur lima puluh tahun. "

"Sebagai memenuhi tanggungjawab seorang anak, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan ibu sebagai penama. Sekiranya saya ditimpa kemalangan dan meninggal dunia, wang daripada polisi insurans hayat itu akan dapat membantu ibu untuk terus menikmati taraf hidup yang baik. Ibu juga boleh menggunakan wang tersebut untuk mengambil pembantu rumah untuk menjaganya."

Ahli perniagaan yang ingin melindungi keluarganya:

"Saya telah berkecimpung dalam bidang perniagaan selama lima belas tahun. Walaupun perniagaan saya maju, saya tidak mahu keluarga saya kehilangan taraf hidup yang dinikmati sekarang."

"Semua jenis perniagaan ada risikonya. Saya berasa amat bimbang jika satu hari nanti kemelesetan ekonomi yang teruk akan menyebabkan perniagaan saya gagal dan jatuh bankrap. "

"Saya tidak mahu pemiutang mengambil polisi-polisi insurans hayat saya dan menyerahkannya untuk mendapatkan tunai sedangkan pada itulah saya harus melindungi polisi-polisi tersebut. "

"Justeru itu, saya telah membeli polisi insurans hayat dan menamakan isteri dan keempat-empat orang anak saya sebagai penama. Di bawah Seksyen 166 Akta Insurans 1996, polisi tersebut menjadi polisi amanah. "

"Jika sekiranya perniagaan saya gagal dan saya jatuh bankrap, polisi tersebut akan melindungi keluarga saya sekiranya saya meninggal dunia. "

Balu yang berasa bimbang akan kebajikan anak-anaknya:

"Suami saya telah meninggal dunia dalam satu kemalangan tiga tahun yang lalu ketika berumur awal empat puluhan. Kami mempunyai tiga orang anak yang masih bersekolah."

"Kami bersyukur kerana mendiang suami saya mempunyai polisi insurans hayat. Wang yang diperolehi daripada polisi tersebut telah digunakan untuk melangsaikan pinjaman rumah."

"Walaupun begitu, saya masih terpaksa mencari pekerjaan untuk menyara hidup kami sekeluarga. Oleh itu, saya juga telah membeli polisi insurans hayat untuk melindungi saya jika berlaku kemalangan, kecacatan dan juga kematian ke atas diri saya. Sebagai ibu, saya bertanggungjawab membuat perancangan untuk anak-anak saya."

 


 

*DALIL *

Mengapa Perlu Insurans

Muhammad Hisyam bin Mohamad
Fellow: 16/01/2007 -( Berita Harian )

Musibah adalah ketentuan daripada Allah s.w.t. Ia merupakan satu ujian atau cubaan ke atas umat manusia bagi menguji tahap kesabaran mereka. Ini dijelaskan oleh Allah s.w.t melalui firmannya di dalam surah al-Baqarah ayat 155-157 yang bermaksud:

"Demi sesungguhnya! Kami akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan dan kekurangan dari harta benda dan jiwa serta hasil tanaman.Dan berilah khabar gembira kepada orang yang sabar [155].Orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: Sesungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada-Nyalah kami kembali [156].Mereka itulah orang yang dilimpahi dengan kebaikan dari Tuhan mereka serta rahmat-Nya; dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk hidayah-Nya [157].

Ada kalanya musibah ini merupakan satu ujian yang berpunca daripada perbuatan manusia itu sendiri. Lantas Allah s.w.t menurunkan balanya agar manusia kembali sedar akan kesilapan yang mereka lakukan dan kembali mengamalkan apa yang dianjurkan oleh al-Quran dan as-Sunnah. Hal ini dapat diperhatikan melalui firman Allah s.w.t di dalam surah ar-Ruum ayat ke-41 yang bermaksud:

Telah nampak kerosakan di darat dan di laut disebabkan perbuatan tangan manusia, supaya Allah merasakan kepada mereka sebahagian dari (akibat) perbuatan mereka, agar mereka kembali (ke jalan yang benar).

Sebagai hamba, kita perlu menerima ketentuan ilahi dan perlu pasrah kepada qada' dan qadarNya. Bagaimanapun ini bukan bermaksud kita perlu berdiam diri tanpa perlu berikhtiar untuk mengelak ia daripada terjadi atau mengurangkan risiko yang bakal menimpa jika berlaku.

Islam mengajar kita supaya sentiasa bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan berlakunya ujian ini. Dengan kata lain, tanpa persediaan awal, kita mungkin berhadapan dengan risiko yang lebih berat lagi kesan daripada ujian tadi.

Sehubungan dengan itu, risiko-risiko ini perlu diurus dengan bijaksana supaya kesannya dapat dikurangkan dan tidak memberi kesan yang mendalam ke atas ketahanan fikiran dan jasmani manusia.

Dalam hal ini, konsep takaful merupakan kaedah pengurusan risiko yang boleh diterimapakai untuk mengurangkan penderitaan yang bakal ditanggung akibat musibah yang mungkin melanda.

Risiko yang dimaksudkan di dalam konsep takaful merujuk kepada kerugian yang ditanggung akibat kehilangan atau kemusnahan harta benda (takaful am); dan perkara-perkara yang berkait dengan tubuh badan manusia seperti nyawa, penyakit dan sebagainya (takaful keluarga).

Bagaimanapun, bila kita membicarakan tentang persoalan yang berkaitan dengan perlindungan menerusi sistem takaful, kita lebih cenderung untuk memikirkan perlindungan ke atas diri dan nyawa. Kita lebih memikirkan untuk melindungi diri daripada penyakit-penyakit kritikal, perlindungan persaraan atau pendidikan anak-anak berbanding dengan keperluan untuk melindungi harta benda.

Risiko yang berkaitan dengan harta benda sekarang ini memang banyak. Kita perlu melindungi harta kita daripada kecurian, kebakaran, banjir, ribut, kemalangan, gempa bumi dan sebagainya.

Bukan bermaksud untuk mengatakan bahawa perlindungan takaful keluarga tidak penting, tetapi kita sebenarnya perlu mengimbangi pengurusan risiko agar ia merangkumi kedua-dua aspek iaitu nyawa dan harta benda.

Dalam kes bencana banjir yang sering melanda negara pada setiap penghujung dan awal tahun, penduduk rata-rata mengalami kemusnahan tempat tinggal dan harta benda. Premis perniagaan serta kenderaan juga tidak terkecuali. Bagi yang mengambil perlindungan takaful , mungkin mereka boleh mengemukakan permohonan untuk mendapatkan pampasan kepada syarikat pengendali takaful mereka. Manakala, bagi mereka yang tidak mempunyai sebarang pelan perlindungan, ia merupakan satu yang mendukacitakan.

Produk-produk takaful am seperti takaful kebakaran, takaful pemilik dan isi rumah (houseowner's and householder's takaful) merupakan antara produk-produk yang menawarkan perlindungan ke atas harta benda kita jika terjadi sebarang bencana seperti kebakaran, kecurian mahupun banjir.

Bagaimanapun produk-produk yang dinyatakan di atas hanya melindungi bangunan, rumah atau apartmen yang diperbuat daripada konkrit sepenuhnya. Ini merupakan satu kekangan kepada pemilik-pemilik rumah kayu terutamanya yang tinggal di desa-desa untuk menyertai skim takaful di atas.

Rumah sebagaimana yang kita tahu adalah satu keperluan. Rumah yang selesa berperanan dalam mewujudkan satu persekitaran kehidupan yang positif kepada warganya. Ini bertepatan dengan maksud hadis berikut:

Daripada Saad r.a. katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu isteri yang solehah, rumah kediaman yang luas (lapang), jiran yang baik dan kenderaan yang selesa". (Riwayat al-Baihaqi).

Mungkin sudah tiba masanya bagi pengendali takaful untuk memikirkan produk yang sesuai bagi para pemilik rumah kayu melindungi harta benda mereka daripada bencana-bencana yang biasa melanda negara seperti banjir ini.

Bagaimanapun pada masa yang sama, masyarakat perlu meningkatkan kesedaran dengan mengambil tahu cara-cara yang terbaik untuk mengurus risiko. Perlindungan takaful merupakan satu cara yang terbaik yang boleh digunapakai kerana ia selaras dengan kehendak syariah.

Memang kita mengakui bahawa tidak semua jenis kerugian itu dapat diatasi secara seratus peratus. Sebagai contohnya, kesan emosi atau trauma yang dialami akibat kehilangan harta atau kematian orang tersayang amat sukar untuk ditukarganti dengan pampasan wang ringgit. Bagaimana melalui pampasan yang terdapat di dalam konsep takaful , ia sekurang-kurangnya dapat mengurangkan kesan kerugian serta tekanan emosi yang terpaksa ditanggung oleh mereka yang ditimpa musibah ini.

Apa yang penting ialah perlu ada keseimbangan di antara pengurusan risiko ke atas nyawa / diri dan perlindungan risiko ke atas harta benda.

Akan tetapi kesedaran untuk menyertai takaful terutama di kalangan masyarakat Melayu beragama Islam masih lagi rendah.

Menurut Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Mohd. Razif Abdul Kadir, pada masa ini jumlah rakyat Malaysia yang memiliki insurans, hanyalah 44 peratus sahaja.

Jika ditinjau dari sudut penyertaan skim insurans konvensional, hanya 5-8% sahaja kaum Melayu mempunyai perlindungan insurans. Mungkin isu-isu yang berkaitan dengan syariah merupakan sebab utama orang Melayu kurang berminat untuk membeli insurans konvensional.

Apa yang peliknya, penyertaan mereka untuk mendapatkan perlindungan takaful juga rendah. Ini yang dikatakan kesedaran kepentingan untuk bertakaful masih lagi belum menjadi satu keutamaan di kalangan orang Islam di Malaysia.

Mungkin kesedaran untuk mendapatkan perlindungan secara Islam ini perlu diasuh dari peringkat kecil lagi di mana kempen-kempen perlu dimulakan di peringkat sekolah rendah atau menengah. Tidak pun ia dimasukkan ke dalam kursus-kursus perkahwinan bagi memberi kesedaran tentang peri pentingnya untuk bersedia menghadapi sebarang kemungkinan bagi mereka yang ingin memasuki alam rumahtangga dan memulakan keluarga sendiri.

Surah Al Hajj ayat 40-41, Allah berfirman:

Sesungguhnya Allah menolong sesiapa yang menolong Agama-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Gagah, lagi Maha Perkasa. Iaitu mereka yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi nescaya mereka mendirikan sembahyang, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf serta mencegah perbuatan yang munkar. Dan kepada Allah sahajalah kembali segala urusan.

Surah An Nur bilangan ayat ke 55:

Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Dia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: Khalifah-khalifah yang berkuasa dan Dia akan menguatkan dan mengembangkan agama mereka (agama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Dia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka.


HUBUNGI

Wakil

eTiQa Takaful!



 

 Penting!!!

JAMINAN TUNTUTAN

(KLAIM)

Komitmen Kami

1. Kami akan selesaikan tuntutan anda dengan segera , adil dan mudah.

2. Kami akan memberi maklumbalas kepada pertanyaan melalui telefon dan emel anda di dalam masa 24 jam.

3. Talian khas 'Claim Assist' untuk membantu anda.
Hubungi 1-300-13-8888 (Insurans Nyawa / Takaful Keluarga)Hubungi 1-300-88-1007 (Insurans dan Takaful Am

  • Untuk tuntutan insurans dan takaful am di bawah RM2,000 : Hubungi talian 'Claim Assist' kami untuk menyelesaikan tuntutan anda melalui telefon tanpa sebarang dokumen.
  • Untuk tuntutan pembaikpulihan kenderaan berenjin di bawah RM5,000 : laporkan kepada bengkel panel kami dengan dokumen yang lengkap dan kami akan arahkan pembaikpulihan dalam masa dua hari selepas laporan dibuat. Kereta anda akan dibaikpulihkan dalam masa 12 hari.
  • Untuk tuntutan kecurian kenderaan : laporkan kepada kami dengan dokumen yang berkaitan dan kami akan akan selesaikan tuntutan anda dalam masa 20 hari bekerja.
  • Untuk tuntutan kemalangan diri : Setelah menerima dokumen dan laporan yang lengkap, kami akan selesaikan tuntutan anda dalam masa 5 hari.
  • Kami akan maklumkan mengenai kedudukan proses tuntutan anda melalui SMS. Daftar sekarang!
  • Tawaran Terhad!!!

    Jika saudara/i mendaftar hari ini...anda akan berpeluang mendapat souvenir daripada kami.


    PERCUMA !!!

    Daftar Segera!

    HUBUNGI

    Wakil

    eTiQa Takaful!


    Wakil Takaful. bp:Director Mayban Fortis Holdings Berhad.

    Tan Sri Mohamed Basir Ahmad

    Tan Sri Mohamed Basir Ahmad

     
     

    maybank Fortis Holdings Berhad